Quantcast
Channel: Life 101
Viewing all articles
Browse latest Browse all 759

Resipi: Puding Roti Dengan Sos Kastard (kukus)

$
0
0
Assalamualaikum....


Lagi 3 hari nak raya weiii!!! rasa sekejap je masa berlalu kan?? semoga amalan² kita sepanjang Ramadhan kali ni diberkati Allah...amin~


Puding roti ni aku buat dah lama...2 minggu lepas...tapi tak sempat nak update sebab banyak sangat benda lain nak diceritakan...hoho~   resipi kali ni korang boleh buat time open house gitu....nyum nyum! jom cekidaut bahan² yang diperlukan:


  •  4 keping roti Butterscotch...dipotong kecil²  (nak guna roti biasa pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter (untuk sapu kat permukaan roti)



  •  nak guna butter gini pun boleh...guna planta pun boleh...   :)



  •  1 sudu kecil esen vanilla




Cara² membuatnya:


 1.  Masukkan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau hingga sekata...



 2.  Kemudian, masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sekata....



 3.  Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang atau apa² bekas tahan panas....


4.  Then, tuang bancuhan tadi ke atas susunan roti...balut elok² dengan aluminum foil....dan kukus atas api sederhana selama 20-25 minit....



5.  taraaa! ni hasil selepas dikukus! sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan....




Seterusnya jom tengok bahan² untuk sos kastard pulak:


  • 1 cawan susu full cream / fresh milk
  • 2 camca besar air
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanilla


Cara² membuatnya:

 1.  Masukkan semua bahan² tadi dalam bekas dan kacau sehingga tepung kastard mula sebati....



2.  Panaskan atas api sederhana dan teruskan kacau bancuhan sehingga semuanya sebati....masak sehingga mendidih...sejukkan dan boleh dihidang bersama puding roti tadi...


Sos kastard ni tak perlu sejukkan dalam fridge...tapi kalau nak sejukkan pun boleh....ikut tekak memasing~ :)


Selamat mencuba!! (^^,)



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 759