Quantcast
Channel: Life 101
Viewing all articles
Browse latest Browse all 759

Masakan Melayu & Oriental Di Ummiza Cafe

$
0
0
Assalamualaikum...


Korang yang stay or bekerja area Sepang, Putrajaya, Kajang, Bangi dan sewaktu dengannya, pernah dengar tak pasal Ummiza Cafe??


Tak pernah??!!


takpe takpe...sila teruskan membaca  ^_^


Ummiza Cafe, terletak di Jalan Jenderam Hulu, Sepang....diusahakan oleh Puan Nor dan anak²...resepi yang digunakan merupakan resepi keluarga dan dimasak sendiri oleh Puan Nor dan anak² dia... kualiti makanan dan kebersihan memang sangat dijaga *thumbs up!*


kawasan kedai yang sangat bersih dan cozy! sesuai sangat untuk lunch dengan office-mate, business-mate or segala mak nenek 'mate' atau bawak je family korang datang sini....berbaloi ai tell yu!! dengan suasana kampungnya sebab keliling cafe ni meriah dengan pokok² hijau...nyaman! ^_^



Anak² duk main lompat² kat kawasan depan cafe sesambil makpak menjamu selera sambil menjemah...bahaha~  :p


Kawasan cafe ni agak luas tau....bayangkan hari tu pihak Ummiza jemput 40 bloggers untuk menjamu selera kat sini....tu belum campur pasangan dan anak² blogger lagi..! parking pun senang walaupun tepi jalan...but banyak ruang disediakan untuk parking...so if korang nak serbu dengan kengkawan ofis pun takde hal! ^_^


 Banyak sangat menu yang disediakan....semua sedap² dan memang menepati tekak melayu asli macam iols! hehe~  meh aku listkan menu² kat sini...

1. Ayam masak merah 
2. Ayam kicap berlada 
3. Ayam masak lemak cili api 
4. Ikan kembung berlada 
 5. Ikan keli berlada 
6. Asam pedas ikan 
 7. Sambal udang petai 
8. Sup cendawan 
9. Gulai ayam kampung campur kentang 
10. Gulai rebung 
11. Gulai pucuk ubi 
12. Kari daging cmpur kentang 
13. Gulai siput sedut 
14. Ayam goreng 
15. Ulam-ulaman 
16. Sambal ikan bilis 
17. Kuih muih dan buah-buahan









tempting tak?? aku tengok gambar je pun duk teringat² keenakan masakan² Puan Nor...jangan tak tahu kitorang siap tapau bawak balik makanan yang berlebih² hari tu...sedap kot! rugi oii tak tapau... :p


Eh selain dine-in, dorang terima jugak tempahan katering! tapi untuk below 300 pax sahaja...kot lah nak order untuk majlis perpisahan kat ofis ke, akikah ke, berkhatan ke etc....hehh boleh masuk list katering untuk qiqah baby ni...bahaha belum beranak dah fikir nak buat qiqah... :p


Sedikit info mengenai katering di Ummiza:
* menyediakan tempahan katering
* peralatan dan pengangkutan katering TIDAK disediakan
* atas faktor kekurangan kakitangan, lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari.
Contohnya: ayam masak merah, ayam kicap berlada, asam pedas ikan, udang sambal, sup cendawan
* tempahan diambil hanya untuk 300 orang ke bawah.
* harga pula berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah


Khidmat DJ & Karaoke pun ado! contact je Puan Nor untuk discuss harga  :)


anak² Puan Nor...tulang belakang Ummiza Cafe...dah macam bergambar dengan madu² aku...kahkah! eh dorang dah kahwin laaa...kan?? lol~ >_<


terima kasih Ummiza Cafe sudi menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasa sendiri keenakan masakan² di sini....insyaAllah saya akan repeat lagi menikmati juadah² Ummiza...memang terbaik!! (^_^)


Ummizacafe 
No 229 Batu 29, 
Kampung Jenderam Hulu Sepang. 

Waktu operasi: 
Isnin sehingga Sabtu 
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.
Malam memang tak bukak! jangan cakap aku tak bagitau pulak kayyy! haha~

Untuk khidmat katering boleh hubungi: 
Puan Nor - 0196682069 
Ain - 011-10602569




p/s: credit gambar to Lan


Terima kasih sudi membaca!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 759